Masalah Copper Piping Jadi Beku dan Membentuk Salji / Ais - Aircond tidak sejuk

Adakah aircond rumah anda menjadi sebegini? Jadi ais gaisss….
Ini penyelesaiannya kena serah pada yang pakar ..kerana anda tidak mampu untuk
menyelesaikan secara DIY..
Kerosakan:
1. Unit terlampau kotor
2. Blower indoor pusing terlampau lemah
3. Capillary tube telah tersumbat.
4. Cara pembaikan…full overhaul buka relai…cuci 1 persatu dan mengganti part-part yg berkaitan..
5.Flushing keseluruhan unit dgn menggunakan cecair solvent dan mengganti capillary tube yang baru..
Punca kerosakan:
Tidak menjaga service berkala…guna selagi hidup🤭
“Sedikit modal besar untuk pmbaikan”

Masalah Trip Keseluruhan Elektrik Dalam Rumah Apabila On Aircond.

  1. High Amp Ketika kompresor dihidupkan, arus melonjak naik dimana penerimaan elektrik rumah tidak dapat menampung peningkatan arus maka ianya akan berlaku trip pada ELCB.
  2. Komponen Kompresor Rosak: Sebagai komponen mekanikal, kompresor boleh mengalami kerosakan seperti komponen elektrik atau mekanikalnya. Ini boleh termasuk kerosakan kepada motor, kapasitor, relay, atau komponen lain yang berkaitan dengan operasi kompresor. Kerosakan ini boleh menyebabkan kesukaran dalam memulakan atau menjalankan tugasnya.
  3. Kerosakan Pada Kabel atau Terminal: Sekiranya terdapat kerosakan pada kabel, penyambung, atau wayar yang berkaitan ianya boleh menyebabkan litar pintas.
  4. Masalah Kapasitor: Kapasitor adalah komponen yang membantu menstabilkan arus elektrik lonjakan untuk motor kompresor. Sekiranya kapasitor rosak atau tidak berfungsi dengan baik, kompresor mungkin menghadapi masalah untuk hidup dan ini boleh menyebabkan Trip.
  5. Cukup Tempoh dan Jangkahayat Kompresor: Seperti mana-mana peralatan elektrik, kompresor aircond juga akan mengalami penurunan prestasi dan cukup jangkahayat penggunaan dan juga faktor usia. Penggunaan jangkamasa panjang atau penjagaan yang tidak mengikut jadual service boleh menyebabkan kompresor menjadi kurang berkesan dan mempunyai masalah serta mengalami kerosakan major.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengenalpasti kerosakan.

*Penggantian Kompressor memerlukan kos dan modal yang agak besar. Seumpama membuat proses penggantian jantung baru.