Mr SMILE ENTERPRISE ialah perniagaan anak muda tempatan dan 100% bumiputera yang ditubuhkan pada 2015 dan telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan ( No Pendaftaran: 357-02255586) serta CIDB (No Pendaftaran:0120160530-PK175154).

Harapan kami adalah untuk memberikan pengalaman dan perkhidmatan penyaman udara yang terbaik dan premium kepada semua para pelanggan kami.

Untuk makluman, bidang tugasan kami tidak terhad kepada domestik dan agensi swasta malahan kami juga melaksanakan tugasan dibawah agensi-agensi kerajaan termasuk dibawah kerja-kerja E-perolehan Kerajaan dan juga menyertai  sebut harga dan tender dari kerajaan.

Syarikat kami mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam industri penyaman udara dan semua juruteknik profesional kami diperakui kompeten sepenuhnya pada semua jenama unit penyaman udara.

Pasukan juruteknik kami juga telah dilatih untuk menjadi sebahagian daripada aset kami yang paling penting. Kami telah merekrut 3 pasukan buat masa ini yang terdiri daripada 6 juruteknik yang sangat berpengalaman untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua para pelanggan kami. Pihak kami juga sedang  berusaha untuk menambah lagi team-team teknikal bagi membantu para pelanggan dan juga merancang untuk berkembang secara progresif di masa hadapan dengan jangkaan pemasaran yang lebih besar untuk memenuhi keperluan pelanggan yang lebih luas.

Bukan sahaja perkhidmatan dan penyelenggaraan, kami juga membantu pelanggan kami dengan perundingan percuma melalui talian hotline kami. Kami akan memberi pelanggan kami penyelesaian yang terbaik.

Kami mengambil berat tentang siapa yang kami pilih untuk dibawa ke rumah atau perniagaan anda. Kemi berusaha untuk mempunyai ahli pasukan yang berbakat dan boleh dipercayai, berkongsi standard dan prinsip kami yang tinggi serta keinginan ikhlas untuk melebihi jangkaan pelanggan kami.

VISI

Menjadi syarikat No.1 di IPOH dalam membantu keluarga dan kakitangan pejabat supaya menjalani kehidupan yang selesa dan proaktif melalui perkhidmatan memasang dan menyenggara penyaman udara menjelang tahun 2025.

MISI

  • Menyediakan perkhidmatan yang cepat dan berkualiti bagi membantu menambah keselesaan kehidupan pelanggan pada tahun 2024.
  • Memberi dan menambah nilai pengalaman sebelum, semasa dan selepas memberi perkhidmatan kepada pelanggan pada tahun 2024.
  • Memberi khidmat nasihat kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga penghawa dingin yang berkala agar mengurangkan kerugian untuk membaiki pada tahun 2024.

OBJEKTIF

  • Mewujudkan dan memantapkan syarikat yang kukuh agar dapat mempertingkatkan pengurusan yang lebih proaktif.
  • Mewujudkan, memantapkan & menambah nilai pekerja untuk berkemahiran penuh dalan bidang penghawa dingin dan pendawaian elektrik.
  • Bekerjasama dengan syarikat dan pekerja yang pakar dan juga berteknologi tinggi, supaya dapat menambah mutu produktiviti kerja.