TIPS PENJAGAAN AIRCOND AGAR DAPAT BERTAHAN LAMA

Untuk menjaga aircond agar dapat bertahan lama dan berfungsi dengan baik, anda perlu memberikan perhatian kepada penjagaan dan amalan yang baik. Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu anda menjaga aircond anda supaya dapat bertahan lama.

  1. Penyelenggaraan Berkala:  Pastikan membuat penyelenggaran berkala sekurang-kurangnya sekali setahun oleh Juruteknik yang bertauliah dan berpengalaman. Mereka akan membersihkan, dan memeriksa keseluruhan aircond anda dengan cara yang lebih teliti dan mendalam pada komponen-komponen penting dalam sistem aircond.
  2. Pemilihan Lokasi Yang Tepat: Pasang unit aircond anda di tempat yang strategik dimana outdoor unit dipasang ditempat yang betul dan tidak terkurung. Ini adalah untuk memastikan kitaran udara panas pada outdoor unit tidak terkepung dan bebas. sekiranya udara panas terkepung ianya akan membuatkan Kompressor aircond anda tidak dapat bertahan lama dan akan mengalami high Amp serta akan jame. Ini secara tak langsung akan memendekkan jangkahayat aircond anda.
  3. Penapis Udara (Filter): membersihkan penapis udara pada indoor unit aircondsecara berkala sekurang-kurangnya 2 bulan sekali  Penapis yang kotor akan menghalang aliran udara dan memaksa unit bekerja dengan lebih keras.
  4. Pembersihan Permukaan Luar: Bersihkan permukaan luar unit aircond daripada debu dan kotoran secara berkala. Ini memastikan aliran udara yang tidak terhalang.
  5. Pembersihan Penukar Haba (Coil): service (evaporator dan condenser coil) perlu dibersihkan oleh Juruteknik profesional secara berkala. Coil yang bersih membolehkan pertukaran haba yang lebih efisiendan akan memanjangkan jangkahayat aircond.
  6. Pastikan saluran paip air buang bersih: Pastikan paip pembuangan air buang tidak tersumbat.Selalunya penyumbatan adalah disebabkan oleh Jelly/cecair lendir yang terbentuk.Sumbatan dalam saluran ini boleh mengakibatkan masalah kelembapan dan akan menghasilkan karat pada unit atau kerosakan unit.
  7. Penggunaan Mod Ekonomi: Banyak unit aircond mempunyai mod ekonomi atau mod malam yang lebih berkuasa rendah. Penggunaan mod ini boleh membantu mengurangkan penggunaan tenaga.
  8. Kurangkan Penggunaan Berlebihan: Gunakan aircond dengan bijak. Kurangkan penggunaan unit ketika tiada orang di rumah atau apabila cuaca tidak terlalu panas.
  9. Pastikan Gas Freon cukup: Srelalu pantau dibahagian outdoor unit anda sekiranya unit kurang sejuk. Perhatikan pada copper paip dan service valve yg bersaiz 2 hun. Lihat samada ianya terbentuk ais atau tidak, sekiranya terbentuk ais pada copper piping tersebut, itu menandakan gas unit aircond anda telah bocor berkurang dari tahap spatutnya. jangan on aircond anda sekiranya ada berlaku kebocoranGas freon . sila hubungi juruteknik untuk pemeriksaan.
  10. Jangan meletakkan barang atau objek dibelakang outdoor unit: Hindari meletakkan bahan atau obejek dibahgian bekang atau atas outdoor unit. kerana ianya akan menghalang pergerakan kitaran udara.Kompressor akan menjadi panas dan rosak.
  11. Gunakan Timer: Jika unit aircond dilengkapi dengan fungsi timer, gunakan untuk mengendalikan masa operasi. Ini membantu mengurangkan beban operasi dan menjimatkan tenaga.
  12. Gunakan Penghawa Dingin (Fan) Bersama-sama: Menggunakan kipas penghawa dingin bersama-sama dengan aircond boleh membantu mengedarkan udara sejuk dengan lebih baik di dalam bilik.
  13. Pertimbangkan Penggunaan Pelindung Span (Surge Protector): Gunakan pelindung span (surge protector) untuk melindungi unit aircond daripada kerosakan akibat lonjakan elektrik.
  14. Penggantian segera Komponen Rosak: Jika anda mendapati bahawa ada komponen penting yang rosak, jangan bertangguh dan segerakan penggantian kerana melengahkan penggantian part akan menambahkan lagi kerosakan aircond anda.

Dengan mengikuti tips-tips di atas dan memberikan perhatian yang baik kepada aircond anda, anda dapat memastikan bahawa unit tersebut dapat bertahan lama, berfungsi dengan baik, dan menjimatkan tenaga. Ingatlah bahawa penjagaan yang baik adalah kunci untuk melindungi poket anda daripada terbocor. semoga bermanfaat.